Follow!

Wednesday, January 22, 2014

Nak Jadi Hot???

Salam,semua.Betol ker korang nk jd hot?alaa senang jer..tp korang kena ikut steps ni :-

1)Korang kena buat nama yg awesome contoh:-(Budoq Kechik)
2)Korang kena buat profile picture yg cantik lahh (edit sikit)
3)Korang kena like status budak hot banyak2 dgn follow dk hot.
4)Korang kena pandai2 promote diri kat status org

2) CONTOH GAMBAR BUDAK HOT (KORANG ADD LA DIA PERCAYA LAA KORANG AKAN JADI HOT SBB DIA ADA RAMAI MEMBER KAKILIKE,CONFIRM NNTI DIA SURUH MEMBER2 DIA LIKE STATUS KORANG.NAMA BUDAK NI KAT FB (Fariz Hafiz)
INGAT!!!JGN LUPA TRY,SELAMAT MENCUBA

Saturday, December 21, 2013

Noktah

Pada suatu hari,aku bangun pagi untuk pergi ke sekolah.Aku mandi dan bersiap memakai pakaian.Selepas itu,aku mengambil beg aku dan terus turun ke bawah untuk bersarapan.Aku bersedia untuk menjawab peperiksaan.Kemudian,semasa aku hendak pergi ke sekolah aku salam cium tangan ibu bapaku untuk mendapat restu peperiksaan yang akan dijalankan semasa di sekolah nanti.Aku keluar rumah sambil menunngang sebuah basikal untuk pergi sekolah.Semasa tiba di sekolah,aku periksa kotak pensilku hanya ada satu batang pensil.Aku berasa sangat gelisah.Aku menjawab peperiksaan (BM Penulisan) dengan bersungguh-sungguh.Tiba2 apabila perenggan terakhir,aku baru hendak meletakkan tanda noktah mata pensil aku pun patah.Aku berasa amat kesal akan perbuatanku kerana tidak periksa alat2 tulis semasa di rumah lagi.Aku tunggu dalam masa lima minit.Tiba2 ada orang mengetuk pintu kelasku,orang itu ialah abangku.Aku merasa gembira melihat abangku yang sedang memegang sebatang pensil dan dia menyerahkan pensil itu kepada guruku.Kemudian,guruku menyerahkan pensil itu kepadaku.Aku pun terus meletakkan tanda noktah di karangan yang dibuat oleh aku tadi.Sekian,sampai sini sajalah cerita mengenaiku,ingatlah erti bagi "Noktah".

Koleksi Cerita Lawak

Bila Pelajar Sains Bercinta

Di ambang sore nan hening.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku. 
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan 
kesetiaan yg kuberikan. 
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau 
berikan masih lagi belum sahih. 
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak 
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses 
pencaran dan perolakan.
Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan 
kita mengalami rintangan? 
Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras 
untuk mengurangkan rintangan itu.
Kau : Adakah kita akan berpadu secara kimia? 
Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti 
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Kau : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan 
bertindak balas dengannya. 
Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan 
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Kau : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. 
Masihkah kau tidak percaye? 
Aku : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Kau : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan 
kita harus mengalami pecutan yg seragam. 
Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Kau : Tapi, imanku adalah infiniti! 
Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya 
dengan 6x10'23.
Kau : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi 
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. 
Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Kau : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi 
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.......

Resipi Ibuku (Puding Roti)

Puding Roti Mama'ku





mmm...mmg nmpak sedap kan puding roti yang dibuat oleh mak saya.....hehehee


Bahan2 yg perlu digunakan :

1.Roti 7-8 keping
2.Butter @ marjerin
3.Gula Pasir 6 sudu besar
4.Telur 4 biji
5.Esen vanila sedikit
6.Susu cair 1 tin ikut suka

Cara2 menyediakan

Pukul telur, gula hingga kembang dan masukkan sedikit esen vanila. Potong kecil setiap keping roti dan sapukan dgn butter. Campurkan susu cair ke dalam bancuhan telur tadi. Sediakan bekas yang sesuai dan sapukan sedikit butter. Susunkan kepingan roti tersebut hingga habis. Masukkan bahan telur, gula dan susu tadi ke dalam bekas berisi roti. Biarkan dlm 10 - 15 minit. Kukus puding roti selama 30 - 35 minit. Makan panas-panas atau disejukkan terlebih dahulu. Selamat Mencuba!